Sunday, 19 February 2012

Review - Suatu Malam Kubur Berasap


Satu lagi kisah seram komedi (tak seram  komedi sikit sikit) terbitan anak watan.Aku tengok sekejap je pun dah tau apa akan jadi.Plot sangatle predictable.Tapi paling malang, watak watak yang ada tak dapat dikembangkan bakat mereka ( kala ada la bakat ) sebab skrip macam suwey je.

Watak Atan lakonan Angah Rajalawak memang bosan gile. sebijik macam mamat nih ---->

FEI MAU

Kalau tak silap ini watak seorang lelaki yang terencat akal dalam drama bersiri cina.At least dapat banyak pujian wooo lakonannya. ORI lagi dan 'keterencatan' beliau nampak authentic.

Watak atan banyak cedok wal celup.Watak penggali kubur yang suka berzikir munajat mengingatkan kita pada watak lakonan Nasir Bilal Khan dalam cerita Cinta Penggali Kubur.Walaupun cerita tu bukan cerita lawak, at least Nasir berjaya menyelami wataknya.Aku sendiri naik kesian tengok watak lakonan beliau.

Bukan menidakkan bakat Angah rajalawak, tapi apa budak budak zaman sekarang cakap? ''macam siallah!'.

Kalau mau jadi pelakon serba boleh, jangan cedok tiru maaaa.Haiyaaa.

Lakonan Along rajalawak dan lain lain pun memang membosankan tahap naga gaban.Cliche gile. Lawak tak ada yang surprise. lawak lama yang orang semua dah tau.Kalau special effects ok, best la jugak tengok, tapi aiseh....

Kalau nak banding effect Sesuatu Yang Tertinggal (SYT) jauh lah ketinggalan.Aku tengok cerita SYT teruja lah jugak.Walau plot cerita linear, tapi at least ada babak babak yang buat aku teruja ( Nak tidur ke... Dah tahu?....).. peeeh..seram sial.Teringat kisah zaman masa dok di asrama.Kira macam urban legendlah nih.Hantu melekat atas dinding, muka hantu buruk yang menjadi, kira ok le.

Mentaliti orang seni kita masih di takuk lama, asal ada pelakon yang laku sikit, berlumba lumba ambil buat filem.Skrip serabai plot berterabur tak kisah janji pelakon tengah hot.Apa yang mereka lupa, penonton sekarang bukan bodoh cam dulu, dah pandai menilai maaaa.Tak sedap takkan nak kata sedap kut?

Dengan cagaran genre lawak boleh diterima sentiasa, terus buat cerita lawak.Yang lawak sebenarnya ialah, usaha mereka yang buat cerita lawak yang tak lawak.Haiyaaa. Tengok contoh cerita KONGSI, yang menghidupkan cerita tu bukan Shazehiey Sam, tapi BOBOI dan VICTOR.Skrip diaorang sampai anak aku pun hafal sebab lawaknya dan pelakon yang mengucapkan skrip pun memang sempoiiii,

''JIMMY CHOO SOOOONN HUATTTT!! RENJET SKET BRO RENJET SKET CELES CELESS''

'TAKPE KANDE TAKPE, SEKARANG JUGE DINDE PEGI BELASAH'

'ADIK MAN JAWA KENA BUNUH SEMALAM, LA NI AKU NAK TAU, ADA SAPA SAPA YANG TAK PUAS HATI KAT DIA?'

'AWWAK MEMANG SAYYA BAGINI SIRIUSLE, BAGI ADA SESUATU YANG BERMAIN DIFIKIRAN, SEREVEDEYYY..KONGSILA DENGAN AI BOBOI'

'SAYYA SUDA BERCAKAP SOPAN, TETAPI, WORRANG DISANA MASEH MENINGGI SUARANYA, DALAM HATI INI AKAN TIMBUL SATU PERASAAN KURANG BAIK, IAITU, PERASAAN MARAH, SOLLEYVEIT CAMMY!!'

Haaaaaa.Itu antara skrip lawak sial yang buat aku sakit perut tengok KONGSI.So apa moralnya? moralnya, walaupun pelakon tu memang lawak, tapi kalau skrip macam suwey ,cerita pun hancor maaa.

Berapa ramai pelawak kita dibenarkan buat ad-lib masa shooting? Jarang ada.Semua kena ikut skrip.Tengok cerita seram or lawak ( kononnya ) yang keluar sebelum ini akhirnya macam suwey kita tengok.

Alamak Toyol
Bujang Terlajak
Hantu Bonceng
Keramat
Misteri Jalan Lama

etc etc etc..

Aku bercakap bukan atas dasar pengkritik, tapi aku sebagai penonton.Kalau director nak terima apa aku tulis sebagai cabaran untuk memperbaiki mutu mereka, kira ok ar, kalau  yang nak melenting....... ada aku kisah?

Sekarang ni pun kalau nak cerita tentang mutu filem melayu memang tak boleh kalau tak bias.

Salah siapa? Sendiri mau ingat beb

No comments: