Tiap tiap hari kerja aku sama je. Tengah hari turun ke kedai makan kat bawah, cari harian metro, buat silang kata.lepas buat silang kata baru baca berita apa yang ada.
Maka hari hari lah aku heran. Tiap kali berita sama. Bomoh, kena tipu, eksiden, lemas,mati kena bunuh, orang kena tetak.Aiseh... dah tak selamat ka dok kat Malaysia nih?
Belajar tinggi tinggi sampai masuk U, ada Masters ada kerja gaji ribu riban masih dangkal gile kena tipu. Bukan sikit, ratus ribu malah ada sampai juta juta.Aku nak kira sampai sejuta pun kelu lidah, mereka mereka ni senang senang kena kebas dan di mengkebas.Kalau aku, jangan kata ribu riban, sepuluh ringgit pun tak percaya nak kasi kat orang mudah mudah.Maka betullah kata orang tua tua, cerdiknya orang bukan kerana pandai belajar, tapi pandai berfikir.
Cerita pasal kemalangan.Misterius sungguh. Kalau tak silap aku, Malaysia ni antara negara paling ketat undang undang trafik, tapi still antara paling tinggi kadar kemalangan.Tak pakai helmet? SAMAN! tak pakai tali pinggang? SAMAN! talipon masa drive? SAMAN! semua nak disaman.Kalau hujung tahun lagilah menggila road block sana sini.haiyaaaa.Kita yang cukup lengkap ada lesen serba serbi pun naik rimas.Tengok Gerak Khas dalam tv nampak siap buleh marah marah maki polis.Tapi kalau buat macam tu kat real world.. sia sia kena saman.kalau nasib baik saman double jadi triple, kalau nasib tak masuk jumpa yang ariff kena denda masuk muka dalam paper.aiyakkk.
Kes orang mati kena bunuh saban hari masuk paper masuk tv.Silap sikit kena tetak.simbah asid.pukul luku gantang tibai macam pulut.Sana kena tembak sini kena bedil.Polis tak sempat keluarkan pistol dah kena tembak berdas das.Ehhhh? senang sangat pulak beli pistol nih.Macam beli kacang.Hebat sungguh orang kita.Malaysia Memang BOLEH! alaaaaaa.apa sangat nak hairan beli pistol? Enjin Jet sebesar lori dalam kem askar pun buleh di 'david copperfield'kan. Apa sangatlah pistol yang buleh selit kat pinggang.Tak selamat gile aku rasa.Bulan lepas rasanya, ada seorang hamba Allah kat Tendong, Pasir Mas Kelantan, nak pergi beli rokok je, sempat lagi kena simbah asid.Nak pergi beli rokok pun dah tak selamat daaaaa.Sana jumpa mayat kena tetak, sini mayat kena rogol, bila yang buat kena tangkap, kes dibicara bertahun tahun.walau yang tertuduh mengaku salah sekalipun, terussss je perbicaraan makan bertahun tahun.Siapa yang kenyang?.... lawyer leeee..Cakap pasal jenayah,dulu Slot TV macam Edisi Siasat pun kurang modal dek kurang jenayah.Tapi la ni, tak menang tangan.Tengok je 999 kat TV3. Wartawan siap terkejar kejar dengan polis.Aku paling suka tengok bila ada operasi tangkap pondan.Perrrghhh... cayalah, kalau geng geng pondan masuk olimpik.. selamba jek dapat pingat emas. dengan syarat polis kejar kat belakang. Pingat emas perak gangsa kompem dalam tangan woooo.
Banyak banyak kisah dalam berita,aku paling sedih bila ada kemalangan pasal budak budak.aiseh.Baru nak merasa hidup.Malaysia ni macam ada satu trend pulak bila mati mati ni.Kalau bas eksiden...mulalah siri bas eksiden. kalau ada yang mati lemas, mulalah siri mati lemas. kalau ada tanah runtuh, mulalah ada siri tanah runtuh.Muafakat sungguh Malaysiaku. Sampai hal mati mati pun macam berpakat.Bukan tak simpati pada yang malang.tapi.. orang tua tua kata, beringat sebelum kena.Kalau musim tengkujuh sana sini dengar berita orang lemas, jangan la bawak anak anak pi mandi laut.Kalau mak bapak jenis 'lagha', tak payahlah bawak anak pi jeram pi air terjun.Mentaliti orang kita. 'it happened to someone else, not me'. Malang tak berbau.mana nak tahu ajal bila sampai? Paling sedih tengok berita anak anak lemas. Aku sendiri pernah tengok live orang mati lemas. Budak Form 3 lepas PMR pi mandi tali air.tak pandai berenang nak terjun jugak.Akhirnya lemas tenggelam sampai dasar.Ayah dia selam sampai semput semput tak jumpa mayat.Mujur ada pakcik tukang kebun selam sama.Dialah yang jumpa mayat.Hiba bukan main tengok ayah dia menangis dukung mayat anak,Sedih gile tengok mak dia menangis, tapi paling aku tak tahan tengok adik adiknya yang aku rasa dalam darjah satu dan dua menangis disisi mayat abang.Tobat tobat aku piat anak aku kalau diaorang pergi mandi kat tali air.Minta jauhkanlah.Mati lemas tu mati seksa.Nau'zubillah.
Betullah orang kata.Akhir zaman dah dekat.Benda benda yang atuk nenek moyang kita dulu tak terpikir nak jadi pun dah jadi.Budak sekolah ramai kawen tak nikah,Dapat anak beranak dalam jamban dengan selamba.Kalau yang meroyan terus tanam campak anak baru lahir.Sebusuk busuk babi pun sayang anak, mana darjat kita sebagai manusia?alahai.Orang kita mati bukan kerana perang bukan kerana jihad.Tapi ramai yang mati katak sia sia.Kemalangan bunuh lemas terbako tertembak tertikam tertetak dan macam macam ter lagi.Seram aku.Zaman la ni nak tolong orang pun kena pikir 7-8 kali.Silap haribulan silap tolong kita yang jadi mayat.
Oh Malaysiaku. apelah nasibmu
No comments:
Post a Comment